BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 SUKAN > BERITA

Wushu: Stephanie Kuasai Gelanggang Wushu, Raih Emas Ketiga

16/08/2024 11:02 AM

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Atlet wushu Sarawak Stephanie Ngu Chai Ern berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas ketiganya pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Dewan Wushu SSC hari ini.

Stephanie mengungguli saingan final qiangshu wanita dengan kutipan mata tertinggi 9.606 ketika turun sebagai peserta kedua terakhir.

Atlet berusia 20 tahun itu berjaya memintas catatan mata 9.570 dilakukan atlet Wilayah Persekutuan Lee Cheng Wei yang membawa pulang perak sementara gangsa menjadi milik wakil Pulau Pinang Tang Koh Ming dengan mengumpul 9.553 mata.

Kejayaan itu menyaksikan Stephanie setakat ini merupakan atlet dengan kutipan emas paling banyak pada edisi kali ini.

Semalam, beliau merangkul emas dalam acara jianshu selepas menghadiahkan Sarawak emas pertama menerusi acara changquan pada Rabu lepas.

SUKMA kali ini merupakan penampilan keempat Stephanie selepas meraih dua pingat gangsa pada edisi 2016, serta masing-masing satu perak dan satu gangsa pada 2018 dan 2022.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan yang berakhir hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan