SUKAN > BERITA

SUKMA 2024: Pemain Golf Sarawak Ungguli Acara Individu Lelaki, Wanita

16/08/2024 09:46 PM

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Pemain golf tuan rumah, Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting mengungguli pusingan pertama acara individu lelaki dan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak, di sini hari ini.

Anson bagaimanapun terpaksa berkongsi tempat pertama bersama pemain golf Terengganu Muhammad Danial Muhammad Nazari selepas masing-masing merekodkan satu di bawah par 71.

Tempat kedua menyaksikan atlet Pahang Putera Haikal Hakeem Halim dan pemain dari Perlis Muhammad Hareez Muhammad Hezri berkongsi kedudukan selepas meraih par 72.

Sementara itu, Mirabel mencatatkan tiga di bawah par 69, diikuti rapat wakil Johor, Sohniya Chandra, Ng Jing Xuen (Wilayah Persekutuan) dan Wang Xin Yao dari Perak dengan 1 di atas par 73, pada pusingan pertama itu.

Mirable membantu Sarawak untuk mendahului dalam acara berpasukan wanita, yang turut dibarisi Sharifah Aiysyah dan Abigail Kedung, dengan skor keseluruhan 13 di atas par 229 manakala Perak dan Kuala Lumpur berkongsi kedudukan kedua selepas merekodkan 16 di atas par 232.

Bagi acara berpasukan lelaki, Selangor dan Pahang mengetuai carta selepas melakukan sembilan di atas par 225 dan tuan rumah mengekor rapat dengan 10 bawah par 226.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan