SUKAN > BERITA

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

17/08/2024 12:48 AM

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Tuan rumah mengungguli carta kutipan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan mengumpul keseluruhan lapan emas setakat 10 malam ini.

Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas hari ini dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo dan masing-masing satu dalam tenpin boling berpasangan wanita serta wushu.

Stephanie Ngu Chai Ern muncul penyumbang terbanyak emas kontinjen Sarawak apabila meraih satu lagi pingat hari ini dalam acara qiangshu yang juga koleksi ketiganya pada temasya kali ini.

Mengekori rapat tuan rumah ialah Melaka dengan tujuh emas manakala Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan enam emas.

Naib juara edisi lepas Terengganu pula di tempat keempat manakala Pulau Pinang di tangga kelima.

Esok, sebanyak 23 pingat emas menjadi rebutan sebelum berlangsungnya upacara perasmian SUKMA 2024 di Stadium Sarawak pada 8.30 malam. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan