SUKAN > BERITA

SUKMA 2024: Sarawak Kekal Dominasi Tenpin Boling Wanita

17/08/2024 01:00 AM

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Sarawak mendominasi acara tenpin boling wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila menambah satu lagi pingat emas menerusi gandingan Nur Hazirah Ramli-Lavinia Kho berlangsung di Megalanes Sarawak hari ini.

Nur Hazirah yang baru sahaja memenangi pingat emas acara perseorangan semalam, ternyata tidak mengecewakan apabila bergandingan dengan Lavinia melakukan 2,392 jatuhan pin.

Ini merupakan emas ketiga peribadi Nur Hazirah dalam kategori sama sejak penampilan edisi 2018 di Perak bergandingan dengan Gillian Lim dan 2022 bersama Lavinia.

Gandingan Selangor, Intan Nor Edryana Nor Azliman-Adania Mohd Redzwan yang melakukan 2,271 jatuhan pin meraih perak manakala gangsa menjadi milik wakil Johor, Nur Ain Suffiyyah Zakariya-Anis Hannani Romzi dengan 2,183 jatuhan pin.

Sementara itu, Perak merangkul pingat emas kategori lelaki menerusi gandingan Mohd Faris Zainal Abidin-Syed Adrees Darwiz Syed Zunizam dengan 2,479 jatuhan pin. 

Wakil Melaka, Darryl Ariel Punzalan Soo-Muhammad Noor Hidayat Muhamad Nazri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak berbeza 20 jatuhan pin, manakala Mohammad Zuhair Zailani-Muhammad Hafiz Darwisy Azhlan dari Pulau Pinang meraih gangsa dengan 2,389 jatuhan pin. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan