WILAYAH - SELATAN > BERITA

ENAM EKOR LEMBU MATI DILANGGAR TRELER

22/06/2024 01:37 PM

ALOR GAJAH, 22 Jun (Bernama) -- Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan.

"Ketika tiba di lokasi, treler dipandu lelaki itu melanggar sekumpulan enam ekor lembu yang melintas dari arah sebelah kiri jalan menyebabkan lembu terbabit mati. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ke lokasi dan mengalihkan lembu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ashari berkata siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang tampil membuat keterangan kepada pihak polis.

Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan