WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAYSIA REKOD PERDAGANGAN PERKHIDMATAN RM433.2 BILION PADA 2023 - JABATAN PERANGKAAN

26/06/2024 03:24 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK pada harga semasa), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Defisit dalam perdagangan perkhidmatan bertambah baik, defisit lebih rendah kepada RM43.2 bilion berbanding RM58.2 bilion pada 2022.

Eksport perkhidmatan berkembang sebanyak 37.9 peratus kepada RM195.0 bilion (Tahun 2022: RM141.1 bilion). Sementara itu, import perkhidmatan meningkat sebanyak 19.3 peratus kepada RM238.2 bilion berbanding tahun sebelumnya (2022: RM199.6 bilion).”

Perjalanan (pelancongan) yang merupakan penyumbang utama kepada perdagangan perkhidmatan, ia masih dalam proses pemulihan untuk mencapai tahap sebelum pandemik, katanya.

“Perjalanan pada 2023 mencatatkan lebihan sebanyak RM17.1 bilion selepas merekodkan defisit selama tiga tahun berturut-turut, disokong oleh perbelanjaan tinggi daripada pelancong asing di Malaysia.

Singapura merupakan destinasi utama bagi eksport perkhidmatan Malaysia dengan nilai RM55.3 bilion berbanding RM37.5 bilion pada tahun sebelumnya,

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara kedua bagi destinasi eksport tertinggi dengan mencatatkan RM36.6 bilion diikuti China, merekodkan sebanyak RM12.9 bilion.

Pada masa sama, AS merupakan negara utama untuk import perkhidmatan dengan nilai sebanyak RM76.1 bilion pada 2023 terutamanya daripada perjalanan, perkhidmatan perniagaan lain dan pengangkutan.

“Ia diikuti oleh Singapura dengan nilai RM41.3 bilion dan United Kingdom dengan RM13.3 bilion. Secara keseluruhannya, pencapaian perdagangan perkhidmatan Malaysia pada 2023 menunjukkan perkembangan yang signifikan, seiring dengan trend global, kata DOSM.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan