WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TPM FADILLAH LANCAR KOPERASI GPMP

01/07/2024 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melancarkan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad.

Pelancaran koperasi berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan koperasi itu menyasarkan keahlian 300 ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Bagi merancakkan sosioekonomi ahli, koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan dan minuman.

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara GPMP dengan anggotanya yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan bekalan dan makanan, sebagai langkah permulaan untuk koperasi itu memulakan aktiviti perkhidmatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan