WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEORANG DARIPADA DUA MANGSA KEROPOK BERACUN MENINGGAL DUNIA HARI INI

10/07/2024 11:17 AM

KULIM, 10 Julai (Bernama) -- Seorang daripada dua beradik lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Ahad lepas meninggal dunia pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata mangsa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, meninggal dunia pada kira-kira 8.30 pagi tadi, di Hospital Pulau Pinang.

"IO (pegawai penyiasat) sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, ibu kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, dilaporkan berkata anak sulungnya itu didapati paling kritikal berbanding adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kerana langsung tidak memberi tindak balas.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus dan kejadian disedari ibu mereka pada 11 pagi selepas mendapati anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan rumah mereka, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan