WILAYAH - UTARA > BERITA

WANITA MAUT KERETA DIPANDU TERBABAS LANGGAR TIANG LAMPU

12/07/2024 02:56 PM

GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang lampu di Jalan Paya Terubong, Relau di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.14 pagi yang memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an tersepit di kerusi bahagian pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan