WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIADA LAPORAN AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM DI KELANTAN

15/07/2024 03:26 PM

KOTA BHARU, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata dengan adanya penguatkuasaan ketat di peringkat kerajaan negeri, pengaruh ajaran sesat di Kelantan terkawal.

"Kita seru masyarakat sekiranya terdapat kelompok ajaran sesat, segera maklumkan kepada pihak berkaitan sebab ia boleh memberi kesan, juga dengan adanya media sosial, ia (ajaran sesat) dilihat semakin bertambah dan berani," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 2017 memutuskan fahaman dan ajaran Millah Abraham adalah menyeleweng serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Khamis lepas, media melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat difatwakan haram iaitu Millah Abraham setelah dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran itu kepada keluarga terdekat serta penduduk setempat, selain dipercayai telah aktif lebih setahun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan