WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RAM SAHKAN PENARAFAN AA1 SABAH DEVELOPMENT BANK

16/07/2024 09:40 PM

KOTA KINABALU, 16 Julai (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM) hari ini mengesahkan penarafan AA1/Stabil/P1 bagi instrumen hutang Sabah Development Bank Bhd (SDB).

RAM adalah agensi penarafan kredit terkemuka dan terbesar di Asia Tenggara, ia menerbitkan penarafan kredit yang memberikan pandangan ke depan yang bebas berkenaan keupayaan penerbit untuk membayar balik obligasi kewangan.

SDB dalam satu kenyataan hari ini berkata penarafan AA1 menunjukkan SDB mempunyai keupayaan yang kukuh untuk memenuhi obligasi kewangannya serta mampu bertahan terhadap sebarang perubahan keadaan, perubahan keadaan ekonomi dan perubahan persekitaran operasi.

"Penarafan 'kukuh' menggambarkan penjangkaan RAM bahawa penarafan jangka panjang tersebut akan kekal dan tidak berubah dalam jangka masa terdekat. Kertas Komersial SDB juga disahkan sebagai P1, iaitu penarafan jangka pendek tertinggi yang diberikan oleh RAM, menunjukkan SDB mempunyai keupayaan yang kuat untuk memenuhi obligasi kewangan jangka pendek.

"SDB yakin bahawa dengan sokongan kuat dari kerajaan negeri dan kepimpinan baru yang berdisiplin, ia mampu berubah menjadi sebuah Bank Pembangunan yang boleh dibanggakan oleh Sabah dan rakyatnya," katanya.

Ia berkata pengumuman RAM itu menyatakan penarafan dilanjutkan dengan menyandarkan kepada sokongan kuat kerajaan negeri terhadap SDB dan ke atas pinjaman kewangannya, komitmen yang dinyatakan secara tegas kepada RAM dan pelabur-pelabur SDB.

"Kapasiti kewangan Sabah disokong oleh kedudukan fiskal yang kukuh dan rizab tunai," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan