WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SULTAN BRUNEI BERKENAN MENERIMA MENGHADAP PM ANWAR

20/07/2024 06:49 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota antara lain bagi membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan negara itu.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan turut dibincang persediaan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang bakal berlangsung di Bandar Seri Begawan bulan depan.

“Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

“Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah,” kata beliau.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi tadi.

Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan