WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAYSIA BINCANG CABARAN DIPLOMASI PERTAHANAN DENGAN SINGAPURA - MOHAMED KHALED

20/07/2024 11:00 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini  mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia dan Pertahanan Singapura Zaqy Mohamad.

Mohamed Khaled dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan, dalam pertemuan itu pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya mengenai kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“Turut dibincangkan adalah  cabaran diplomasi pertahanan khususnya dengan kuasa-kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat serta pengaruh teknologi terhadap strategi ketenteraan masa hadapan.

“Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Program Khidmat Negara dan kepentingan pasukan simpanan ketenteraan dalam menyokong pertahanan negara, serta pengaruh teknologi terhadap strategi ketenteraan masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.

Dalam pertemuan berkenaan Malaysia turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan aspirasi negara dalam menjayakan kepengerusian ASEAN 2025.

Beliau turut berharap agar hubungan baik antara Malaysia dan Singapura dapat terus diperkukuh, termasuk dalam sektor pertahanan.

Zaqy berada di Malaysia bagi mengiringi Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong, yang kini sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan