WILAYAH - SELATAN > BERITA

JDT Umum Seorang Lagi Pemain Import Baharu

28/07/2024 11:03 PM

JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Perancis, Enzo Lombardo selepas Park Jun Heong diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu semalam. 

Pengumuman pengambilan pemain berusia 27 tahun itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers. 

Video dengan kapsyen 'Welcome to the home of the Southern Tigers, Enzo Lombardo! ( Selamat datang ke ‘rumah’ Harimau Selatan, Enzo Lombardo) tersebut turut memaklumkan bahawa bekas pemain Real Mallorca itu akan menyarung jersi bernombor 7.

Terdahulu, kelab dari selatan tanah air itu mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong, 31, menyertai pasukan tersebut. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan