WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Anwar Ajak Rakyat Nyatakan Solidariti Pada Himpunan Pembebasan Palestin Esok

03/08/2024 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok. 

“Insya-Allah esok kita bersama-sama nyatakan solidariti, sokongan dan dukungan berterusan kepada rakyat Palestin. Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!” katanya dalam hantaran Facebook. 

Dijadual bermula pada 6 petang, himpunan itu antara lain bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri juga dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan