WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Imigresen Perak Tahan 53 Pendatang Tanpa Izin

04/08/2024 03:48 PM

IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Imigresen Perak menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan di dua premis hiburan di daerah Kinta, awal pagi tadi.

Pengarah berkenaan Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata operasi yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula 1.30 pagi dan berakhir kira-kira empat jam kemudian.

Beliau berkata 175 warga asing dan tempatan diperiksa sebelum 53 warga asing ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 25 wanita warga China, 16 wanita Vietnam, masing-masing seorang wanita warga Thailand dan Indonesia serta 10 lelaki Bangladesh, kesemuanya berusia antara 18 hingga 45 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Meor Hezbullah berkata kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Ipoh di sini bagi tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan