WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kami Tidak Ramai Tapi Kami Ada - Mohd Sobri

15/08/2024 02:28 PM

MIRI, 15 Ogos (Bernama) -- Biarpun hadir dalam kelompok kecil namun ia tidak melunturkan semangat pesilat Perlis untuk mencipta kejutan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan membuka tirai secara rasminya Sabtu ini.

Ketua jurulatih skuad silat Perlis Mohd Sobri Hashim berkata berdasarkan persiapan akhir, beliau optimis dengan kemampuan pesilat yang merupakan anak jati negeri itu untuk membawa pulang dua pingat emas dari Bumi Kenyalang.

Beliau berkata 13 pesilat Perlis dijangka mampu memberikan tentangan sengit dan menyifatkan kesemua peserta mempunyai peluang sama rata berdasarkan pemerhatian pada kejohanan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023.

“Insya-Allah dengan keberkatan tiada yang mustahil untuk cipta kejayaan. Kita harapkan satu emas daripada silat seni dan silat tanding tapi kita juga harap lebih daripada itu.

“Kami hanya sertai kategori yang kecil, walaupun kecil tapi kami ada,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata daripada 13 pesilat, sembilan daripadanya akan beraksi dalam acara tanding manakala empat silat seni.

Skuad silat Perlis meraih satu emas dan dua gangsa pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

Sebanyak 28 pingat emas ditawarkan dalam sukan pencak silat berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada 18 hingga 23 Ogos ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan