BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 WILAYAH - TIMUR > BERITA

Penganggur Rugi Lebih RM300,000 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

28/08/2024 10:42 AM

KUANTAN, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 47 tahun itu dilaporkan tertarik untuk menyertai pelaburan itu setelah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai petugas bank dan menawarkan pelaburan di United Kingdom pada 17 April lepas. 

Beliau berkata mangsa diminta memuat turun satu aplikasi dan juga diberikan latihan dalam talian mengenai cara membuat pelaburan dalam sistem berkenaan.  

“Dalam tempoh 18 Jun hingga 10 Ogos, mangsa memasukkan wang sebanyak RM348,500 dengan 10 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberi suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta wang  RM101,000 sekiranya tidak berminat untuk meneruskan pelaburan dan telah membuat laporan di balai polis Kuantan. Sumber kewangan ialah wang simpanan mangsa dan isterinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan