WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jalan Masjid India Ditutup Kepada Kenderaan Susulan Insiden Mendapan Tanah

28/08/2024 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Jalan Masjid India di sini ditutup hari ini kepada semua kenderaan susulan mendapan tanah dikesan berlaku berdekatan sebuah pondok polis iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus baru-baru ini.

Tinjauan Bernama mendapati pita kuning Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipasang sepanjang jalan dari Masjid India hingga Maybank di Jalan Bunus.

Bagaimanapun, pejalan kaki masih dibenar melalui sebahagian jalan itu yang tidak terjejas manakala kedai di kawasan sekitar dibuka seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suliezmy Affendy Sulaiman pula memberitahu pemberita bahawa perbincangan sedang dilakukan untuk memperluas penutupan jalan dan perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

Mendapan tanah itu dipercayai berlaku pada awal pagi selepas hujan lebat dan ribut malam tadi. 

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa memasuki hari keenam hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan