WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Termasuk Kanak-kanak Ditahan Disyaki Terlibat Kes Curi Dalam Kenderaan

29/08/2024 11:58 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan kanak-kanak berumur 12 tahun disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan di Taman Cahaya Ampang pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kedua-dua mereka ditahan pada 11.30 malam semalam di sekitar Pandan Indah di sini selepas polis menerima laporan daripada pemandu e-hailing  berusia 37 tahun mengenai kehilangan barangan dalam kenderaan miliknya.

Beliau berkata pemandu berkenaan mendakwa meletakkan kereta jenis Perodua Alza di luar pagar rumah di Taman Cahaya Ampang pada 1.30 pagi dalam keadaan tidak berkunci. 

“Kira-kira empat jam kemudian ketika hendak menggunakan kereta itu, didapati bahagian dalam kenderaan berselerak dengan beberapa barangan berharga dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan  malam ini.

Mohd Azam berkata hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah dan direman empat hari hingga 1 Sept ini, manakala kanak-kanak berkenaan direman sehari hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan kerana mencuri.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan