WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Uae Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Di Gaza

09/09/2024 06:53 PM

DUBAI, 9 Sept (Bernama-Sputnik) -- Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam tempoh lapan hari pertama sejak kempen pemvaksinan bermula, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita Emirates (WAM) pada Ahad.

Secara keseluruhan, seramai 640,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dirancang akan menerima vaksin polio. 

Menurut agensi itu, pemvaksinan sedang dijalankan di 150 pusat oleh lebih 2,000 petugas perubatan.

Kempen pemvaksinan polio di Semenanjung Gaza bermula pada 1 September, dan dijalankan secara bersama dengan pertubuhan kemanusiaan dari UAE, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNICEF serta Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat. 

UAE sebelum ini memperuntukkan US$5 juta untuk kempen pemvaksinan itu.

Pada Julai, Kementerian Kesihatan Gaza mengisytiharkan wilayah itu sebagai kawasan wabak polio, memetik konflik yang berlarutan sebagai punca utama penyebaran penyakit itu.

Israel pada Sabtu mengesahkan bahawa ia akan membuka koridor kemanusiaan untuk petugas perubatan serta menetapkan kawasan selamat bagi pemberian vaksin dalam tempoh masa yang singkat.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan