WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Tamillarsy

10/09/2024 01:31 PM

KUANTAN, 10 Sept (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 21 Ogos lepas di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan V.Tamillarsy, 32, pada 22 Ogos daripada abang wanita itu.

Beliau berkata Tamillarsy yang sudah berkahwin dilihat kali terakhir di  Kampung Sungai Cherpai, Karak.

“Tamillarsy berkulit hitam manis, mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berbadan sederhana.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitannya diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231 999,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan