WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Isu Sijil Halal: Polis Selesai Rakam Keterangan Teresa Kok

10/09/2024 05:24 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Polis selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pensijilan halal. 

Teresa hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) D5 Bukit Aman, pada 10 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 

“Setakat 12 tengah hari tadi, polis telah menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok. Kertas siasatan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa dua hari,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Sementara itu Syahredzan memaklumkan lebih 20 soalan telah diajukan kepada anak guamnya dan polis tidak membuat sebarang rampasan telefon bimbit. 

“Kes ini disiasat di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) kanun yang sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan