WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ada Najis Tikus, Tiga Premis Makanan Di Tanjung Bunga Diarah Tutup

13/09/2024 08:38 PM

GEORGE TOWN, 13 Sept (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga di sini ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis dan mendapati tahap kebersihan semua premis itu tidak memuaskan.

"MBPP menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bahagian dapur, tempat basuhan, tempat penyimpanan makanan, longkang dan parit sebelum menemui najis tikus di beberapa lokasi di situ.

"Susulan itu tiga premis tersebut telah diarahkan tutup serta merta semalam selama 14 hari," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

MBPP memaklumkan selain gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual, pemeriksaan terhadap alatan perangkap minyak mendapati pengusaha juga tidak mematuhi penjadualan pembersihan hingga menyebabkan berlaku masalah perparitan serta punca longkang awam tersumbat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan