WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Insiden Jalan Berlubang Akibat Masalah 'Culvert' - JKR Melaka

02/10/2024 08:18 PM

MELAKA, 2 Okt (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mengesahkan kejadian jalan berlubang di Jalan Syed Abdul Aziz di Melaka Raya di sini sekitar 11 pagi tadi akibat kegagalan culvert atau pembetung di tapak jalan berkenaan yang pecah dan bukan disebabkan tanah mendap.

Pengarahnya Ir Mohamad Salzeli Mokhtar berkata kegagalan culvert itu berlaku akibat jalan persekutuan yang sudah berusia lebih 40 tahun berkenaan turut dilalui kenderaan muatan berlebihan yang akhirnya menyebabkan runtuhan dan lubang sedalam 1.7 meter dengan lebar satu meter (m) dan panjang 3.5m.

"Jadi kita telah ambil tindakan jangka pendek dan panjang termasuk membuat laluan kontra sejauh satu kilometer dengan menutup tiga lorong serta membuka laluan kontra di jalan bertentangan dan laluan itu dihadkan kepada kenderaan tidak melebihi 10 tan. 

"Dalam masa sama kita juga akan memohon peruntukan dengan kadar segera kepada ibu pejabat JKR untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan kekal dilakukan manakala jumlah yang dipohon itu berdasarkan kos yang diperlukan," katanya kepada pemberita ketika hadir melawat lokasi kejadian di sini hari ini. 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian itu yang dikaitkan dengan lubang benam berpunca daripada tanah mendap di kawasan tambak laut yang berusia lebih 40 tahun itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan