NILAI, 22 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan yang berlangsung di Dataran Nilai.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Pergigian jabatan itu Dr Noor Ashiqin Samsi berkata pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya saringan pergigian, rawatan ringkas, tampalan dan penskaleran.
Beliau berkata pada hari pertama penganjuran PMR Negeri Sembilan, sebanyak 60 pengunjung telah memanfaatkan kemudahan berkenaan setakat 3 petang, dengan perkhidmatan tersebut disediakan dari 9 pagi hingga 6 petang.
“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan dan orang ramai perlu mengambil peluang ini.
“Selain rawatan gigi, kita juga menyediakan sudut 'Anda Tanya Kami Jawab' dikendalikan doktor pergigian dengan pengunjung boleh bertanya mengenai rawatan dan masalah tentang gigi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 59 petugas termasuk tiga doktor pakar pergigian terlibat dalam program sempena PMR Negeri Sembilan yang berlangsung hingga Ahad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial