4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan penyusutan sebanyak 36.1 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM85.41 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (S3 2024) daripada RM133.70 juta pada suku ketiga 2023.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion manakala pelaburan direalisasikan mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.
4bulan lalu
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Pemilihan negara sebagai antara rakan dalam BRICS dapat membantu membuka lebih banyak ruang dari aspek perdagangan antara Malaysia dan negara-negara dalam blok itu, kata Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA- UKM) Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia sangat mengejutkan pada 2024, dengan inflasi utama dan teras pada purata 1.8 peratus pada suku pertama hingga ketiga tahun ini, menurut ahli ekonomi kanan OCBC untuk ASEAN Lavanya Venkateswaran.
4bulan lalu
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.
4bulan lalu
BAGAN DATUK, 24 Okt (Bernama) -- Pekebun koko diminta untuk terus kekal menghasilkan komoditi berkenaan dan tidak beralih kepada tanaman lain berikutan potensinya yang dilihat tinggi dan memberangsangkan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.
4bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Japan Bank for International Cooperation (JBIC) komited untuk menyokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun, terutama dalam sektor tenaga lestari dan pembangunan industri berteknologi tinggi.