BERITA TERKINI   Monsun Timur Laut: Hujan lebat berpotensi di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah pada Jan-Feb 2025 - KP MetMalaysia | Fasa awal Monsun Timur Laut dari Nov-Dis 2024, hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah - KP MetMalaysia | Monsun Timur Laut dijangka bermula 5 Nov hingga Mac 2025, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku - KP MetMalaysia | 

Ekonomi

Belanjawan 2025 Fokus Sektor Ekonomi, Teruskan Agenda Reformasi Struktur Negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan kepada sektor ekonomi dengan meneruskan agenda reformasi struktur dalam negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Indeks Harga Pengeluar Susut 1.9 Peratus Pada 2023 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) --  Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun sebanyak 1.9 peratus pada 2023 berbanding 7.8 peratus pada 2022, disebabkan terutamanya oleh penguncupan dalam sektor pertanian, perhutanan perikanan (-13.8 peratus).

Filipina Giat Tinjau Peluang Usaha Sama Pembangunan Lapangan Terbang

Daripada Kisho Kumari

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Filipina sedang giat meninjau peluang usaha sama bagi pembangunan lapangan terbang di negara itu.

Malaysia Raih Jualan Lebih RM400 Juta Di Ekspo China-ASEAN 2024

KUALA LUMPUR, 3 Okt  (Bernama) -- Pempamer Malaysia di acara Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat prestasi mengatasi jangkaan dengan menjana jualan bernilai lebih RM402.88 juta berbanding sasaran awal RM320 juta.

Kos Meningkat, Penggiat Industri Hotel Mahu Kerajaan Tangani Kadar Caj Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

TNG Digital Gesa Kerajaan Lanjutkan Pengecualian SST Perkhidmatan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.

Bank Islam Lancar Suku Wakalah Peringkat Kedua Sehingga RM250 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd telah melancarkan peringkat kedua tambahan sukuk modal Tahap-1 wakalah daripada Program Sukuk Wakalah berjumlah RM5.0 bilion sehingga mencecah RM250 juta Tanpa Panggilan Kekal selama lima tahun.

Cebu Pacific Meterai Perjanjian Pembelian 152 Pesawat A321 Neo Bernilai AS$24 Bilion

Daripada Kisho Kumari Sucederam

MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Filipina, Cebu Pacific memeterai perjanjian pembelian dengan Airbus dan Pratt & Whitney bagi pesawat A321neo berjumlah sehingga 152, yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney GTF.

Konglomerat Indonesia Puji Tindakan Afirmatif Anwar Jaga Kepentingan Bumiputera

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

IBAC Unjur Prospek Optimis Penerbangan Perniagaan Di Asia Pasifik, Malaysia Pada 2025

MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Penerbangan perniagaan di Asia Pasifik mempunyai peluang pertumbuhan yang luas, antaranya Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Malaysia, dan sektor itu dijangka mencatat prospek optimis tahun depan, menurut Majlis Penerbangan Perniagaan Antarabangsa (IBAC).