Ekonomi

Sarawak Akan Eksport Tenaga Elektrik Ke Brunei Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Sarawak menyasarkan untuk mengeksport tenaga elektrik ke Brunei menjelang awal tahun depan, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

OPR Dijangka Kekal 2.75 Peratus Pada Mesyuarat MPC 5 Mac

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).

Petronas Sasar Keputusan Pelaburan Akhir Bagi Fasa 2 LNG Canada Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan niaganya dijangka mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) bagi Fasa 2 projek LNG Canada dalam tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Mydin Perluas Pasaran Buka Mydin Mart Ke-75 Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) -- Peruncit dan pemborong Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) memperluaskan pasarannya apabila membuka cawangan Mydin Mart Bagan Datuk yang juga merupakan cawangannya yang ke-75 di seluruh negara.

FMM Seru Insentif Berpusatkan PKS Untuk Tingkat Inovasi, Rantai Bekalan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah menyeru ke arah keupayaan inovasi yang lebih kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembekal Tahap-1 dan Tahap-2 untuk menyokong peningkatan, penyetempatan serta penyertaan dalam rantaian nilai global.

Petronas Catat Untung Bersih RM45.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

ART: Menteri MITI Akan Berhubung Dengan Rakan Sejawat Dari AS - Fahmi

PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) berhubung implikasi keputusan Mahkamah Agung negara itu dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.

Sunway Sifatkan Pengambilalihan IJM Corp Sebagai Peluang Pelaburan Menarik

SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Group Bhd menyifatkan IJM Corporation Bhd sebagai satu peluang pelaburan yang menarik, yang mendorong mereka membuat tawaran mengambil alih syarikat itu, kata Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Jeffery Cheah.

Keuntungan Bersih Tune Protect Melonjak Kepada RM26.45 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak sebanyak RM26.45 juta pada tahun kewangan 2025 berbanding RM572,000 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Bakal Disenarai Di Pasaran Utama, Sunway Healthcare Sasar RM833.8 Juta, Harga IPO RM1.45 Sesaham 

SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Sunway Group Mahu Kembangkan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Seluruh ASEAN

SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Group Bhd (Sunway), melalui cabang penjagaan kesihatannya, Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH), terbuka untuk meneroka peluang menubuhkan hospital dan pusat penjagaan kesihatan di seluruh rantau ASEAN.

Perniagaan Kekal Optimis Suku Pertama 2026 Dengan Penunjuk Keyakinan 4.0 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Sentimen perniagaan kekal positif pada suku pertama 2026, seperti dicerminkan oleh Penunjuk Keyakinan (CI) sebanyak 4.0 peratus, menurun berbanding 6.2 peratus pada suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).