Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Minat belian yang berterusan terhadap kaunter kewangan dalam saham wajaran tinggi terus meningkatkan Bursa Malaysia pada tengah hari serta didorong oleh prestasi ringgit yang stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa pembukaan pada Khamis berikutan mata wang AS meningkat pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah berpotensi akan berlaku, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Unjuran Permintaan Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan permintaan yang dijangka lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Prestasi KDNK

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengatasi jangkaan awal pada Jumaat lepas, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran. 

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam penyertaan yang berkurangan menjelang tempoh cuti panjang.

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur pada Isnin.

Ringgit Dibuka Mengukuh Didorong Pertumbuhan KDNK Suku Keempat 2025 Lebih Baik Daripada Jangkaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pada Isnin, didorong oleh momentum positif berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus yang lebih baik daripada jangkaan diumumkan pada Jumaat lepas, kata penganalisis.