Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Serantau Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau berikutan penyambungan semula dagangan dalam kalangan pembeli utama di China selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

Ringgit Dibuka Tinggi Pada RM3.87 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan untuk dibuka lebih tinggi pada Selasa dengan pasaran pertukaran asing dilihat sebahagian besarnya mengambil kira data makroekonomi Malaysia yang memberangsangkan serta perkembangan tarif baru-baru ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, didorong oleh prestasi eksport yang lebih lemah apabila ringgit yang lebih kukuh memberi kesan kepada permintaan daripada negara pengimport utama, kata seorang pedagang. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Ke Atas Tarif Baharu AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan yang semakin meningkat berhubung rejim tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Terus Mengukuh Susulan Keputusan Mahkamah AS Terhadap Tarif Trump

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berterusan sehingga akhir urus niaga Isnin, bertahan pada paras 3.88 susulan tindakan Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar dasar tarif Presiden Donald Trump pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan dalam asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Teruskan Momentum Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari pertama dagangan minggu ini, meneruskan momentum minggu lepas dalam persekitaran sentimen pelabur bertambah baik susulan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Menjejaki Peningkatan Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah perdagangan yang rendah susulan cuti umum di China dan Jepun.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Belian Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi didorong minat belian khususnya dalam kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan produk pengguna.