BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | Seorang lelaki maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang hari ini - Polis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Dolar AS Mengukuh

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dibebani oleh prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,661.30 setiap auns troy daripada US$2,668.10 setiap auns troy semalam manakala November 2024 turun kepada US$2,683.10 setiap auns troy daripada US$2,689.90 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,684.50 setiap auns troy daripada US$2,691.30 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 13 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 33 kontrak daripada 14 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,654.90 setiap auns troy.

-- BERNAMA