BERITA TERKINI   Kerajaan bakal gubal akta baharu berkaitan pekerja gig - TPM Ahmad Zahid | Belum pernah ada dalam sejarah kerajaan jatuh kerana belanja besar untuk rakyat, sebaliknya disebabkan rasuah - PM Anwar | Pemaju perumahan mampu milik mesti siapkan projek segera, ikut jadual dan mengutamakan mutu - PM Anwar | Malaysia kekal lokasi yang kompetitif terutama sebagai hab logistik panel solar dalam keadaan kenaikan tarif AS ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara - Loke | Sebagai negara rakan BRICS, Malaysia mahu berkembang ke pasaran BRICS-ASEAN dalam jangka masa panjang - Loke | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah COMEX

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, bergerak seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat yang lebih lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,739.90 setiap auns troy pada Khamis manakala November 2024 menguncup kepada US$2,737.20 setiap auns troy daripada US$2,755.20 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,745.30 setiap auns troy daripada US$2,763.30 setiap auns troy semalam.

  Jumlah dagangan turun kepada 10 lot daripada 54 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 21 kontrak daripada 62 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,732.00 setiap auns troy.

-- BERNAMA