BERITA TERKINI   Pengurangan tol adalah kesinambungan bantuan tol musim perayaan yang diberikan kerajaan bagi empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak 2023 - Nanta | Pengurangan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) di semua plaza tol kecuali di sempadan negara - Nanta | Kerajaan setuju beri potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina di semua lebuh raya pada 27 dan 28 Jan ini - Nanta | Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Saya tidak mempunyai sebarang masalah -- PM Anwar | Rakyat mesti digerakkan untuk menguasai ilmu, kemahiran dan punya semangat untuk angkat martabat negara dan bangsa -- PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mencecah paras tertinggi dalam dua tahun, kata penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa.

Peningkatan ini didorong oleh sentimen pasaran yang meningkat, eksport yang kukuh dan unjuran pengeluaran yang tidak berubah untuk Oktober, katanya, sambil menambah bahawa data rasmi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan dikeluarkan pada 11 November.

Menurut Sathia lonjakan harga itu mencerminkan asas yang kukuh, dengan permintaan eksport MSM Malaysia  dijangka stabil bulan ini.

Bagi tempoh 1-25 Oktober, harga MSM naik 10 hingga11 peratus, berbanding tempoh yang sama pada September, menunjukkan pengukuhan eksport yang berterusan.

"Pengeluaran juga dijangka tidak berubah terutamanya di Semenanjung berikutan pengeluaran yang rendah.

"Niaga hadapan sawit mengekalkan peningkatan mendadaknya walaupun minyak sayuran di bursa Dalian dan Zhengzhou ditutup bercampur-campur," katanya kepada Bernama.

Sathia berkata spekulasi mengenai potensi pemulihan ekonomi China juga boleh meningkatkan harga.

“Sebarang dasar yang bertujuan untuk pemulihan ekonomi akan menjadi penting bagi sektor itu kerana China adalah salah satu daripada tiga pasaran eksport utama minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM hari ini ditutup lebih tinggi disebabkan jangkaan pengeluaran yang lemah pada minggu-minggu akan datang dan jangkaan paras stok yang lebih rendah di negara ini, menyokong sentimen harga dalam tempoh terdekat.

“Kami melihat sokongan pada RM4,580 satu tan dan rintangan pada RM4,700 satu tan,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik RM106 kepada RM4,737 dan RM4,682, Januari 2025 naik RM108 kepada RM4,637 satu tan.

Kontrak Februari 2025 meningkat RM103 kepada RM4,573 satu tan, Mac 2025 menokok RM87 kepada RM4,493, dan April 2025 naik RM75 kepada RM4,410.

Jumlah dagangan meningkat kepada 89,447 lot daripada 60,668 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 250,424 kontrak daripada 248,979 sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan naik RM80 kepada RM4,760 setan.

-- BERNAMA