BERITA TERKINI   Kementerian Komunikasi akan kemuka cadangan ke Kabinet untuk bantuan tambahan penganjur acara susulan lanjutan TMM2026 - Fahmi | TMM 2026: DBKL turunkan kadar deposit cagaran untuk aktiviti konsert, pertunjukan pentas dan kebudayaan - Hannah | Kerajaan tumpu penyesuaian dasar, urus tekanan kos, jamin bekalan dan keperluan asas dalam menangani krisis bekalan global - Akmal Nasrullah | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM28.40 bilion daripada RM26.41 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam merosot kepada RM19.30 bilion daripada RM22.01 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik, dua tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

Pada 4 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.30 bilion dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 27 Dis.

-- BERNAMA