BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 5-2 Terengganu | Liga Super: KL City 3-1 PDRM | Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | 

Tiada Pembayaran IPG Bagi Disember 2024 - LGM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump dan lateks tidak teraktif bagi Disember 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan, LGM berkata mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.

Ia berkata IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

Bagi Disember 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sabah masing-masing pada RM3.80, RM3.50 dan RM3.25 sekilogram.

Oleh yang demikian, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan tersebut.

-- BERNAMA