BERITA TERKINI   Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | Perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasi kerana perlu selesai beberapa aspek teknikal, keselamatan - Loke | Prasarana Malaysia Berhad akan tambah 170 van bagi perluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan dalam pasaran tunai pendasar.

 Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,576.0, Februari 2025 susut 4.5 mata kepada 1,580.0, Mac 2025 berkurang 5.0 mata kepada 1,562.0 dan Jun 2025 merosot 7.5 mata kepada 1,567.0   

Jumlah dagangan meningkat kepada 11,333 lot daripada 6,789 lot ketika ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 47,225 kontrak daripada 42,946 kontrak semalam.  

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.13 mata atau 0.57 peratus kepada 1,576.46 daripada 1,585.59 ketika ditutup Isnin. 

-- BERNAMA