BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | 

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak RM25.50 Juta Daripada Tenaga Nasional

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenaga Nasional Bhd untuk melaksanakan kerja kontrak bagi cadangan pembekalan secara pukal 275 kilovolt (kV) kepada sebuah pusat data di Selangor.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Jati Tinggi Group menjelaskan jumlah nilai kontrak bagi kerja-kerja itu tersebut adalah RM25.50 juta.

“Kontrak ini adalah bagi pemasangan kabel litar berkembar bawah tanah 275kV untuk sebuah pusat data di Selangor.

“Kontrak berkuat kuasa dari 15 Jan, 2025 dan perlu disiapkan dalam tempoh 270 hari daripada tarikh permulaan kontrak yang akan ditentukan kemudian,” jelasnya.

-- BERNAMA