BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | 

Operasi Bursa Malaysia Ditutup Pada 18 Mac Sempena Cuti Umum Nuzul Al-Quran

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa, 18 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.

Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 19 Mac.

“Bagaimanapun, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila' akan kekal beroperasi untuk dagangan pada cuti umum itu,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

-- BERNAMA