BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

PM Anwar, AMD Bincang Hala Tuju Syarikat Dalam Dukung Strategi Semikonduktor Nasional 

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan syarikat gergasi pengkomputeran, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) mengenai hala tuju syarikat itu dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS). 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata AMD menyambut baik kebijakan ini yang memberi tumpuan kepada kepentingan negara terutamanya dalam mewujudkan dan menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara. 

“Untuk maksud itu, Malaysia kekal optimis terkait perkongsian strategik dengan syarikat seperti AMD yang akan meletak dan melonjak negara ke arah lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini. 

Awal hari ini, Anwar menerima kunjungan hormat daripada AMD yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lisa Su.  

“AMD ialah syarikat gergasi dunia serta peneraju dalam sektor pengkomputeran berprestasi tinggi dan adaptif. 

“Sejak bertapak di Malaysia pada 1972, AMD telah memainkan peranan penting dalam kemajuan sektor semikonduktor negara,” ujar Anwar. 

-- BERNAMA