BERITA TERKINI   PM Anwar mahu prestasi SMK Banggi sebagai pusat pembangunan modal insan dipertingkat, mahu laporan dalam dua minggu | RM1 juta naik taraf jeti Kampung Dogoton, Pulau Banggi bagi kegunaan penduduk dan agensi penguatkuasa - PM Anwar | RM1.25 juta untuk pelbagai program termasuk pendidikan, teknologi hijau dan kesihatan di Pulau Banggi - PM Anwar | Naik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut-Kampung Pengkalan Darat di Pulau Banggi dilaksana dengan kos hampir RM44 juta - PM Anwar | Kerajaan lulus lebih RM31 juta untuk naik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat di Pulau Banggi - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila pelabur beralih kepada aset selamat di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,387.10 setiap auns troy  daripada US$3,385.60 pada Selasa, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada US$3,395.60 setiap auns troy daripada US$3,394.10 sebelumnya.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 menokok kepada US$3,415.50 setiap auns troy daripada US$3,413.90.

Jumlah dagangan menyusut kepada 61 lot berbanding 96 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 88 kontrak daripada 131 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 Jun 2025, emas fizikal berada pada US$3,388.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA