BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dibentang sebelum akhir tahun - PM Anwar | Memerangi rasuah perlukan keberanian, integriti dan penyertaan aktif setiap lapisan masyarakat - PM Anwar  | Satu pengumuman dijangka dibuat esok bagi menangani kebimbangan mengenai kehakiman dan menegaskan semula inisiatif reformasi kerajaan MADANI - PM Anwar | Pembentukan Majlis Media Malaysia membolehkan isu dalam industri media diurus dengan lebih terangkum, mampan dan bebas - Fahmi   | Lembaga pengarah akan umum perkembangan penting dalam mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan seperti dikehendaki undang-undang - NationGate Holdings | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025, September 2025 dan Disember 2025 semuanya meningkat 1.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,533.0, 1,512.0 dan 1,511.50. manakala kontrak Ogos 2025 naik 0.5 mata kepada 1,530.50.

Jumlah dagangan merosot kepada 4,593 lot daripada 7,745 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,094 kontrak daripada 40,748 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.44 mata, atau 0.09 peratus, kepada 1,537.51 daripada paras penutup 1,536.07 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA