BERITA TERKINI   Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Kerana Data Ekonomi AS Lemah, Pasaran Serantau Bercampur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan lemah semalam dan trend bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Menurut laporan, harga pengguna AS pada Julai 2.7 peratus lebih tinggi tahun ke tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna yang menjejaki kos bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan.

Kadar inflasi tahunan AS telah meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan sejak April.

Sementara itu, peniaga berkata sentimen pasaran turut terjejas dengan penurunan harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kekurangan bahan mentah di negara pengeluar getah asli utama akibat cuaca lembap serta langkah rangsangan terkini oleh China untuk merangsang prestasi ekonominya,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut 4.0 sen kepada 732.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 4.5 sen kepada 573.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA