Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 naik setengah mata kepada 1,588.5, September 2025 susut 1.0 mata kepada 1,562.0, Disember 2025 turun setengah mata kepada 1,557.5, dan 1.526 Mac 2025 berkurangan 2.5 mata kepada 1,539.0.
Jumlah dagangan susut kepada 19,413 lot daripada 81,488 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 71,788 kontrak daripada 133,389 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 0.84 mata atau 0.05 peratus untuk ditutup kepada 1,587.07, daripada paras 1,587.91 sebelumnya.
-- BERNAMA