Niaga Hadapan Emas Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Selasa, diasak aktiviti pengambilan untung.

Kontrak September 2025 susut kepada US$3,806.6 setiap auns troy daripada US$3,817.3 semalam, Oktober 2025 berkurangan kepada US$3,818.0 daripada US$3,832.4 manakala November 2025 turun kepada  US$3,836.2 daripada US$3,850.6.

Selain itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing turut ditutup rendah kepada US$3,854.6 setiap auns troy daripada US$3,869.0, semalam.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 106 lot daripada 339 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 155 kontrak daripada 375 kontrak sebelum ini.

Emas fizikal pula pada US$3,826.85 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 29 September 2025.

-- BERNAMA