BERITA TERKINI   Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | Perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasi kerana perlu selesai beberapa aspek teknikal, keselamatan - Loke | Prasarana Malaysia Berhad akan tambah 170 van bagi perluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 susut 2.5 mata kepada 1,630.0, November 2025 dan Disember 2025 turun 3.0 mata masing-masing kepada 1,629.0 dan 1,627.50, manakala Mac 2026 berkurangan 4.0 mata kepada 1,606.50.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,329 lot daripada 4,542 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,974 kontrak daripada 45,759 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 8.06 mata kepada 1,630.03, daripada paras penutup 1,638.09 pada Isnin. 

-- BERNAMA