Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, November 2025 naik  4.5 mata kepada 1,630.0, Disember 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,630.5, Mac 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,613.0 dan Jun 2026 menokok setengah mata kepada 1,614.0.  

Jumlah dagangan berjumlah 1,120 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 41,870 kontrak. 

Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.49 mata kepada 1,627.38 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding 1,623.89 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA