BERITA TERKINI   Kerajaan lulus lebih RM31 juta untuk naik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat di Pulau Banggi - PM Anwar | Penggunaan Kad Konsesi BAS.MY diperluas kepada pelajar tingkatan enam dan pelatih institut latihan milik kerajaan - Loke | Projek menaik taraf Bangunan Lapangan Terbang Miri diluluskan melibatkan kos RM445 juta - Loke  | Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak dijangka selesai tahun ini - Loke | 

Penangguhan e-Invois Beri Ruang Kelegaan Kepada PKS -- FMM

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) melihat penangguhan e-invois sebagai langkah pragmatik yang mengiktiraf jurang kesediaan di kalangan perusahaan mikro dan kecil, khususnya dari segi keupayaan digital, penyepaduan sistem serta kos pematuhan.

Presiden FMM, Jacob Lee, berkata begitu juga, semakan ke atas ambang cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewa akan membantu mengurangkan tekanan kos kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya pengilang serta penyedia perkhidmatan sokongan yang beroperasi dari premis yang disewa disebabkan kapasiti kewangan yang terhad untuk membeli atau membina kemudahan mereka sendiri.

“Untuk kebanyakan perniagaan kecil, perbelanjaan sewa mewakili kos tetap dan tidak dapat dielakkan, pelepasan daripada beban cukai tambahan akan menyediakan ruang yang sangat diperlukan bagi mengurus aliran tunai, melabur dalam peningkatan produktiviti serta menyokong kesinambungan perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa e-invois mandatori untuk syarikat dengan jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta, yang pada asalnya dijadualkan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026, telah dilanjutkan selama setahun tanpa sebarang penalti dikenakan. Anwar berkata keputusan penangguhan ini dibuat memandangkan terdapat beberapa syarikat masih belum bersedia berikutan kos pelaksanaan e-invois yang tinggi.

-- BERNAMA