Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi hari ini, menjejaki pasaran tunai asas yang kukuh.
Pada 9.50 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2026 dan Februari 2026 masing-masing meningkat 4.5 mata kepada 1,716.0 dan 1,720.5 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,699.0 dan Jun 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,703.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,503 lot, dengan kepentingan terbuka pada 38,168 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 3.16 mata kepada 1,712.44 selepas 60 minit dagangan berbanding 1,715.60 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA