BERITA TERKINI   PM Anwar sifatkan usaha damai NGO Islam dan Hindu cerminan kematangan rakyat, tolak perpecahan | Sebanyak RM11.12 juta kerugian libat penipuan dalam talian direkodkan di Kota Kinabalu bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas - Polis | Anutin Charnvirakul dipilih semula sebagai PM Thailand dengan mandat kuat Parlimen | Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susut kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan pengukuhan Ringgit Dan Ketegangan Geopolitik Memuncak

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran petunjuk bercampur-campur daripada pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran terus menerima tekanan oleh ketegangan geopolitik yang memuncak selepas AS memberi isyarat akan mempertingkatkan kedudukan ketenteraanya.

“Terdapat laporan bahawa pihak berkuasa Iran telah mendedahkan sebuah mural baharu dengan amaran langsung kepada AS agar tidak cuba melancarkan serangan tentera ke atas negara itu, ketika kapal-kapal perang AS sedang menuju ke rantau tersebut,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kerugian selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.24 peratus kepada AS$66.04 setong.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 9.5 sen sekilogram kepada 748.5 sen manakala susu getah pukal berkurangan dua sen sekilogram kepada 576 sen sekilogram.

-- BERNAMA